Isu ini akan diperap begitu saja kalau tidak ditegur Sultan Johor
DAULAT TUANKU
![]() |
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar |
Rakyat Negeri Johor menyambut baik keprihatinan Sultan Johor yang tegas dan tidak berkompromi dengan amalan berunsur perkauman serta membeza-beza layanan mengikut agama dan bangsa seseorang pelajar di sekolah.
Kes panas yang mendapat perhatian Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sejak beberapa hari ini adalah berkaitan program Bengkel SPM yang diadakan bermalam di sebuah hotel oleh sebuah sekolah di Johor Bahru untuk Melayu Sahaja.
Kes-kes seperti ini dipercayai sudah berleluasa sejak sekian lama di banyak sekolah.
Semoga teguran tegas baginda menjadi titik permulaan pemberhentian amalan tidak bertanggungjawab ini di kalangan pentadbiran semua sekolah di Malaysia.
Amalan sebegini rupa juga boleh mengundang elemen rasuah di dalamnya.
Berikut ada sedikit cerita mengenai sumbangan dari ibubapa yang diwajibkan untuk dibayar kepada PIBG sekolah:
Ada pihak memberitahu sekolah adalah tempat orang-orang tertentu membuat duit atau bisnes. Sasaran pasaran adalah para pelajar yang akhirnya menjadikan ibubapa sebagai pelanggan.
Ada juga ibubapa yang merungut mereka diwajibkan membayar yuran atau sumbangan tahunan kepada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah.
Seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai pencuci di Johor memberitahu Permadu Malaysia dia perlu membayar yuran atau sumbangan tahunan kepada PIBG sebanyak RM150 untuk anaknya, pelajar di sekolah menengah kerajaan. Oleh kerana tahun lepas dia hanya mampu membayar RM50 sahaja, maka tunggakan sebanyak RM100 dibawa ke hadapan dicampur dengan yuran tahun ini sebanyak RM150 menjadikan jumlah perlu dibayar sebanyak RM250.
Setelah mendapat bantuan mula persekolahan dari kerajaan sebanyak RM150, dia menggunakan wang itu untuk membayar kepada PIBG dan terpaksa bekerja lebih masa untuk mencari RM100 lagi bagi mencukupkan jumlah sumbangan kepada PIBG yang diwajibkan.
Bayangkan, jika sekolah itu mempunyai 1,000 orang murid, PIBG akan memperolehi pendapatan sebanyak RM150,000 yang dibayar oleh ibubapa.
Saya pernah bertanya kepada Gurubesar mengapa PIBG memerlukan wang sebanyak itu. Gurubesar menjawab wang itu digunakan untuk membina makmal komputer, surau dan lain-lain.
Saya bertanya adakah peruntukan tidak datang dari kerajaan yang menyediakan sejumlah wang yang besar dalam belanjawan kepada sektor Pendidikan.
Gurubesar menjawab bukan semua kemudahan diperuntukkan oleh kerajaan.
Jika benar PIBG memerlukan banyak wang, mereka disarankan supaya lebih kreatif mencari sumber pendapatan dan tidak bergantung kepada ibubapa semata-mata.
Di bawah ini adalah cetusan pandangan seorang individu terhadap amalan sulit Melayu Sahaja yang menimbulkan rasa terpinggir dan tidak puas hati di kalangan pelajar dan ibubapa bukan Melayu:
Walaupun amalan ini cuba disembunyikan dari pengetahuan pelajar dan ibubapa bukan Melayu, akhirnya ia tetap akan terbongkar dan mengakibatkan krisis keharmonian antara kaum. Selain itu, keyakinan dan kepercayaan terhadap sesebuah sekolah akan terhakis.
End©PermaduEnd©PermaduEnd©PermaduEnd©PermaduEnd©Permadu
Oleh Fauzi Kadir |
© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG
Comments
Post a Comment