Muhyiddin kecewa Anwar lantik Zahid sebagai DPM


Anwar juga dipersoal kerana melantik diri sendiri sebagai Menteri Kewangan

1Media.My melaporkan semalam bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menggadai prinsip tata kelola yang baik seperti dijaja ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila melantik kleptokrat menganggotai Kabinetnya. 

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, menganggap barisan Kabinet yang diumumkan Anwar kelmarin, paling mengecewakan dalam sejarah negara, apabila seseorang yang diarah membela diri terhadap 47 pertuduhan jenayah rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram di mahkamah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

"Tindakan Anwar ini ibarat menjual maruah negara semata-mata kerana keinginannya menjadi Perdana Menteri.

"Kabinet kleptokrat yang tertubuh atas penipuan terhadap mandat rakyat ini tidak mempunyai sebarang keabsahan untuk berfungsi sebagai badan eksekutif tertinggi negara.

"Beliau sendiri sebagai Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Kewangan, satu amalan yang membawa kepada pemusatan kuasa dan penyelewengan berskala besar seperti yang berlaku dalam kes 1MDB sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU, berkata bagaimana rakyat dan pelabur boleh percaya terhadap kepimpinan Anwar apabila beliau ternyata berbohong kepada seluruh dunia mengenai agenda anti rasuah, reformasi institusi dan pembelaan nasib rakyat jelata.

Katanya, pengumuman Kabinet malam ini (kelmarin) membuktikan prinsip integriti, ketelusan dan akauntabiliti nyata dikompromi oleh Anwar.

"Selain itu, Ahli Parlimen yang dikenali dengan sikap cauvinis melampau dilantik menerajui kementerian tertentu yang bakal mengundang kontroversi. Boleh dijangkakan dasar bersifat perkauman yang ekstrem akan diperkenalkan.

"Sistem negara kita telah rosak apabila individu bankrap moral dan prinsip boleh dilantik menerajui negara dan yang terpalit dengan jenayah rasuah menganggotai kabinet. Rasa tanggungjawab dan belas kasihan terhadap rakyat telah tiada dan rakyat juga hilang percaya terhadap tonggak kepimpinan negara," katanya.

Muhyiddin menyifatkan, agenda reformasi diperjuangkan Anwar selama ini ibarat tin kosong, apabila tidak dapat mempertahankan perjuangan parti sendiri untuk memerangi rasuah dan mempromosikan tadbir urus yang baik dalam lantikan Kabinet itu.

Susulan lantikan Kabinet itu, Muhyiddin berkata, nilai Anwar sebagai pemimpin sejati yang patut dihormati kini amat diragui.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Penjelasan Tengku Zafrul umpama Hail Amir tanya Uji Rashid

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Kes-kes bunuh diri terjun jambatan di Kelantan membimbangkan

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?