Anwar boleh tumbang jika pembangkang bergabung, kata politikus Sarawak

 Cabaran dihadapi Anwar dan kerajaan baharu

Anwar Ibrahim

Seorang menteri Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah berkata keyakinan terhadap perdana menteri yang dilantik menjadi lebih penting selain pembentukan kerajaan perpaduan yang menjadi penamat kesuntukan politik sejak malam undi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu, lalu. Itulah laporan dari MalaysiaNow semalam. 

Abdul Karim Rahman Hamzah

Beliau yang juga naib presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menegaskan mana-mana perdana menteri yang dilantik mentadbir kerajaan mesti mendapat sokongan dan keyakinan daripada semua ahli-ahli Parlimen. 

"Sekiranya pembangkang ‘gang up’ bersama-sama, mungkin mereka mempunyai lebih daripada 112 (sokongan). 

“Itu bermakna mereka sudah mendapat keyakinan ahli Parlimen," katanya pada satu sidang media di Sarawak, semalam. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas pertanyaan media berhubung cadangan pembentukan kerajaan perpaduan selepas beberapa hari kemelut politik menentukan pemimpin baru di Putrajaya. 

Bagaimanapun, Karim bersetuju dengan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan mengatakan ianya satu saranan yang baik untuk memastikan para pemimpin negara menjadi rasional dalam mentadbir negara. 

Awal hari ini, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan melantik Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ke-10. 

Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Istana Negara tidak menyatakan tentang penubuhan kerajaan perpaduan pasca PRU15. 

Ini bermakna, jika berlanjutan sehingga ke Parlimen, Anwar boleh diuji dengan usul tidak percaya perdana menteri oleh ahli Dewan Rakyat. 

Atas sebab itu, kata Karim, perdana menteri baru itu perlu memastikan beliau mendapat sokongan dan kepercayaan ahli Parlimen. 

"Kalau mereka masih berpegang kepada prinsip bahawa tidak mahu ada kerjasama, Agong mungkin perlu melantik seseorang yang paling diyakini (dalam kalangan ahli Parlimen) meskipun nombornya kurang daripada 112," katanya. 

Mengulas lanjut, beliau berharap supaya kebajikan dan kepentingan negeri Sarawak terus dijaga tanpa mengira barisan jemaah menteri yang akan dipilih untuk membangun negara. 

Kerajaan ini, katanya, Sarawak juga menjadi salah satu negeri yang menyumbang utama kepada pembangunan Malaysia. 

"Saya harap, Sarawak tidak dipinggirkan," katanya. 

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri