Politik tak matang dan tak sejahtera PAS urus isu arak


Pemimpin, tidak kira muslim atau ‘non-muslim’ di negara ini bertanggungjawab mengawal penggunaan, pembuatan dan perniagaan semua jenis benda yang boleh memabukkan atau menyebabkan hilang akal seperti arak atau dadah.

Ini kerana sesiapa sahaja yang mabuk dan hilang akal kerana dadah dan arak adalah satu ancaman terhadap keselamatan, kesihatan dan kerukunan hidup rakyat.

Pemimpin tidak perlu bermuka-muka

Ketetapan ini mesti dilaksanakan dengan tegas dan ikhlas tanpa perlu bermuka-muka dalam kalangan pemimpin. Mengeluarkan kenyataan tentang sejarah pengharaman arak di sisi Islam seperti dilakukan Presiden PAS, Hadi Awang adalah contoh.


 "Lainlah kalau PAS menguasai pentadbiran kerajaan sepenuhnya," Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah pernah berkata.

Bila tercetus isu arak dan penjenamaan wiski Timah barulah beliau mengeluarkan kenyataan akhbar yang berjela-jela perihal sejarah Islam mengharamkan arak. Itu tidak ikhlas. Sudah terhantuk baru nak terngadah.

Untuk apa Hadi berkias?

Sepatutnya bila membuat keputusan menyertai kerajaan, Hadi dan pemikir PAS sudah bersedia dengan ‘blueprint’ menguruskan isu ini. Sindiran dan kiasan tidak perlu. Yang wajib ialah PAS mesti sedar isu ini adalah tanggungjawabnya.

Perihal sensitiviti kaum dan agama harus difikir dan dilembagakan protokol atau prosedur operasi standard (SOP). Barulah PAS boleh dihormati oleh rakyat majmuk keturunan dan agamanya di Malaysia.

Contohi bekas menteri agama

PAS sepatutnya meneraju wacana kontroversi arak kerana ia adalah kerajaan. Tekuni cara bekas Menteri Agama, Zulkifli Mohamad yang lengkap dengan penerbitan fatwanya ketika jadi Mufti Wilayah Persekutuan dan Menteri Kabinet.

Untuk merungkai isu arak dan penjenamaannya, PAS seharusnya segera ketengah gelanggang politik dengan fatwanya dan tidak seperti ahli-ahli politik Umno dan Bersatu yang disantuninya sekarang.

Tidak semberono

PAS patut ada semua perangkaan mengenai bisnes arak ini dan statistik sumbangannya pada KDNK negara supaya tidak semberono menghalal atau mengharamkan industri itu.

Unit Penyelidikan PAS seharusnya sentiasa peka akan kelengkapan ini. Suatu masa dahulu unit ini cergas berpartisipasi dalam isu semasa kontroversi seperti isu kebarangkalian penggunaan racun arsenik ketika Anwar Ibrahim dalam penjara.

Malah dalam hubungan ini, PAS pernah berada di barisan hadapan dalam inisiatif menguruskan industri arak dengan SOP kerajaan Kelantan PAS di bawah teraju Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat .

Minum arak adalah haram bagi orang Islam. Itu hukum Allah. Jadi setiap orang Islam wajib menghindari melakukan dosa. Kerajaan wajib ikut syariat Islam menghukum pendosa Islam.

Perihal haram arak adalah perintah Allah. Maka sebagai parti Islam dalam kerajaan Malaysia, tidakkah menjadi tanggungjawab PAS memastikan perintah itu dipatuhi secara total?

Jangan memandu atau mabuk di tempat awam

Kerajaan yang waras juga wajib menasihati bukan Islam jangan minum dan mabuk di tempat awam. Jika tidak mereka juga akan berdosa mengancam kesihatan dan keselamatan rakyat amnya.

Justeru kerajaan wajib mengawal cara, masa dan tempat serta keadaan apa ‘non-muslim’ boleh minum arak. Itu wajib bagi kerajaan, jika tidak kerajaan turut berdosa menyebabkan berlaku mudarat dalam kalangan rakyat.

Paksi dosa dan bahaya arak alah mabuk dan hilang akal. Pemabuk mengancam keselamatan masyarakat, keluarga dan diri sendiri. Maka yang bertanggungjawab wajib mengawal cara, masa dan tempat konsumsinya jatuh di bahu kerajaan.

Kerajaan wajib wujudkan SOP terang dan tegas demi melaksanakan tanggungjawab ini. Orang Islam patut akur. Rakyat ‘non-muslim’ pun wajib berdisiplin ketika menikmatinya.

Sempadan keistimewaan peminum arak bukan Islam ini termasuklah tidak boleh minum di tempat awam dan mabuk arak ketika memandu. Hukuman sekeras-kerasnya perlu dikenakan bagi pemabuk berkenaan.

Bekerja di kilang arak wajib diharamkan dalam kalangan orang Islam. Pengusaha dan peniaga arak wajib faham dan insaf matlamat peraturan ini. Cara dan tempat jualan dan sebarang promosi mesti tidak menyinggung sensitiviti mana-mana agama atau kaum.

Protokol permohonan lesen membuat dan berniaga arak mesti dikawal oleh kementerian berkenaan secara adil dan menyeluruh.

Kempen penerangan mengenai latar belakang polisi ini harus digerakkan tanpa musim. Jika berlaku apa jenis mudarat atau musibah awam, pemimpin kerajaan dan agensi penguatkuasalah berdosa dan mesti dihukum.

PAS, arak dan judi

Walaupun menjadi sekutu utama kerajaan Perikatan Nasional terdahulu dan sekarang ini, kepada Ismail Sabri Yaakob, PAS belum menyerlah dalam mengangkat isu seperti SOP arak mahupun isu judi walaupun ia dua perkara asas yang ditegah sama sekali dalam Islam.

Sebaliknya, presiden dan partinya lebih cenderung mengeluarkan kenyataan retorik mengenai kesesuaian nama arak keluaran Malaysia. Presiden kaitkan Timah kepada puteri kesayangan Rasulullah, timbalannya kata tidak.

Mana pergi politik matang dan sejahtera PAS yang dilaung sebelum ini?

 

Hasil tulisan Bakar Suar, Wartawan dan Pemerhati yang sekian lama sinis terhadap ahli politik. Namun beliau berharap masih belum terlambat membina Malaysia yang diidamkan rakyat.

End©Permadu


Disediakan oleh Jamaliah Mohd Salleh,
Penulis Berita Permadu Malaysia



Dibawa kepada anda oleh Fauzi Kadir, Ketua Pengarang

© 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel permadu@gmail.com

DITERBITKAN DENGAN KEBENARAN JEMAAH SIDANG PENGARANG


permadu

Comments

  1. Replies
    1. Dan tgk. PELIKnya MUFTI PP pro-DAP ni - adakah patut nak nama 'Arak 'Timah' tu diTUKAQ nama kpd. nama PENJAJAH/PEMBUNUH Inggeris/Zionis FREEMASON, 'kapten speedy' - si timbalan RESIDEN Inggeris PEROGOL, JWW BIRCH & PEMBUNUH Pahlawan2 KEMERDEKAAN Orang Asal ISLAM/MELAYU kita, Almarhum Dato' Maharaja Lela, Dato' Sagor dsbnya, dlm. PERANG PERAK 1875-1877?!

      Patutnya MUFTI ni minta diHARAMkan terus ARAK ni sbb. diKELUAQkan dr. NEGARA ISLAM kita, yg. mengHINA/mengGERTAK Islam/Umatnya & MELANGGAQ Undg2 Perlembagaan Perkara-perkara 3, 11 (5), 37 (1) & 153!!!!

      Di -
      https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2021/10/18/why-timah-why-not-captain-speedy-asks-mufti/

      Delete
  2. Sementara tu, si Pendatang ANJING GILA Cina DAP Pembunuh HOMO Zionis NAZI amat RASIS, FASIS & PENIPU ni-si pemuja khairy HOMO Melayu liberal, yg. mana si Cina HOMO Bangkai ANJING ni asyik BERPURA2 membantu Melayu miskin kat PP tu - punya mengHINA/mengGERTAK akan PAS psl. isu ARAK Kafir 'Timah' amat DAJAL ni!!

    Di blog LONGKANG hanyir DAPpengganas/PKRhomo - https://malaysiadateline.com/steven-tegur-pas-isu-timah-anda-tanam-kebencian-dapatlah-kebencian/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi Penjajajah2 ANJING GILA Kafir DAPpengganas - buat ARAK guna nama 'ISLAM/MELAYU' - kali ni nama 'OMAR' pula!!

      Di -
      https://mykmu.net/2021/10/20/selepas-timah-arak-jenama-omar-pula-muncul/

      Delete
  3. Dan awatlah sabri Melayu LIBERAL - begitu DAYUS pd. MENTERI Kafir GILA dr. Sarawak dr. KEMENTERIAN PERDAGANGAN - yg. amat ANTI-Islam/Melayu ni?!

    Di - https://umno-online.my/2021/10/20/kpdnhep-perlu-peka-beri-kelulusan-jenama-elak-isu-sensitiviti-kaum-dan-agama-pemuda-umno/

    ReplyDelete
  4. Tgk. juga PEMBUNUH Zionis FREEMASON, kapten speedy yg. diagongkan sbg. lambang ARAK dajal 'TIMAH' tu - punya diPUJA oleh si ANJING2 GILA dr. PENJAJAH2 Kafir CINA & OMPUTIH kat PP sdgkan si PEMBUNUH kapten speedy BANGKAI amat KEJAM ni adalah Timbalan RESIDEN Inggeris ZIONIS Freemason dr. syarikat INDIA TIMUR, JWW BIRCH & telah memBAKAR2 Kpg2 & PAHLAWAN2 KEMERDEKAAN Orang Asal ISLAM/MELAYU kita di PASIR SALAK, serta MEMBUNUH Pahlawan2 KEMERDEKAAN kita spt. Almarhum2 Dato' MAHARAJA LEPA, DATO' SAGOR dll, serta MEMERANGKAP & MENIPU Almarhum2 DYMM Sultan Abdullah, YAM Sultan Ismail & Orang Kaya Menteri Tuan
    Ngah Ibrahim!!

    Dan tiba2, sejak kes Arak 'TIMAH' & kapten speedy amat DAJAL ni - tiba2 pertubuhan PENGGANAS Zionis FREEMASON yg. diTUBUHkan oleh PENJAJAH Inggeris Zionis FREEMASON melalui syarikat INDIA TIMUR depa, boleh pula terang2an dgn. amat KURANG AJAQ nak MEMBODEK akan POLIS di PERAK, mempergunakan alasan derma COVID-18!!

    Di -
    https://mykmu.net/2021/10/22/captain-speedy-a-civil-enforcer-botanist-not-whiskey-connoisseur/

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri