Makhluk Halus – Permainan minda karut zaman-berzaman

 Pandangan
Syed Akbar Ali

Hari Raya Lite : Tiada tanda, tiada gangguan dan tiada makhluk halus di rumah atau di mana pun.

Pagi ini saya ter-intai secebis tulisan tidak masuk akal tetapi (malangnya) sangat digemari dan dipercayai ramai orang.

Tulisan itu kisahkan 'makhluk halus' dan mengenali tanda-tanda makhluk halus berada di rumah. 

Satu senarai 13 perkara yang kononnya menunjukkan tanda gangguan makhluk halus telah juga dikongsi oleh si-penulis itu. 

Anyway, yang berikut ini adalah sedikit ulasan saya:

Tanda – tanda gangguan makhluk halus di rumah. Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam mengenali tanda-tanda gangguan jin dalam rumah anda sendiri dan beri diri anda masa untuk mengenal pasti tanda-tanda tersebut.

OSTB : Ikut al Quran (Surah 27:10) apabila Nabi Musa melemparkan tongkatnya, tongkat itu bergerak seolah-olah "jaanun" (jin) yang dapat dilihat oleh orang. Maksudnya pergerakan seolah 'jin' itu 'nampak pada mata'. Bukannya makhluk 'halus' yang tidak boleh dilihat oleh mata.  

OSTB : Anyway yang berikut adalah senarai 13 tanda kehadiran makhluk halus dan ulasan saya. Plus sila jawab soalan cepu mas pada penghujungnya. Thank you.

1. Terdapat lebam pada tubuh badan apabila bangun dari tidur

OSTB : Lebam di badan yang terjadi dengan sendiri mungkin serius, barangkali menunjukkan penyakit hemofilia, jangkitan kulit dsbnya, Google kata: Thrombocytopenia, Leukemia, Von Willebrand disease.  Bukan makhluk halus.

2. Rasa sentiasa diperhati apabila berada di rumah

Juga dikenali sebagai 'paranoia'. Perasaan 'sentiasa diperhati' ini hanya berlaku apabila kita berseorangan. Anehnya apabila kita pergi ke pasar Chow Kit (contohnya) di mana kita dilihat oleh beribu biji mata orang, kita tidak rasa 'sentiasa diperhati' oleh siapa pun. How come? 

3. Terdengar bunyi pelik 

OSTB : Biasanya berlaku pada waktu lewat malam apabila suhu malam menurun kesejukan. Bumbung rumah, besi ditingkap (grill), periuk dan kuali yang tersusun didapur mengalami 'metal contraction' (mengecut) akibat suhu yang menurun. Maka boleh keluarkan bunyi yang "pelik". Bukan makhluk halus. 

4. Tercium bau yang terlampau busuk dan terlampau wangi tanpa sebarang punca

OSTB : Biasa berlaku di hutan atau di tempat di mana terdapat pokok dan tanaman yang berbunga, termasuk yang mekar pada waktu malam. Dengan tiba-tiba 'bau' bunga wangi atau bau busuk boleh terjadi. Juga binatang atau haiwan seperti kucing, anjing, haiwan lain yang berlalu boleh membawa bau busuk.

5. Bunyi dan suara seperti orang sedang menangis dan mengilai

OSTB : Mungkin memangpun orang sedang menangis dan mengilai. Ataupun sudah terlalu banyak menonton filem seram sebelum tidur. Peliknya tidak ada siapa pun mendengar orang menangis atau mengilai di tengah Jalan Bukit Bintang atau dalam kilang Proton.  Apakah 'makhluk halus' tidak suka kilang kereta dan kawasan shopping?

6. Sering mengalami gangguan tidur
7.  Mimpi buruk dan aneh 

OSTB : Di sini saya adalah 'world class expert' untuk menganalisa perkara ini. Gangguan tidur boleh berlaku jika kita tidak mandi sebelum tidur.  Kesan peluh dan minyak kulit ('human grease') boleh sebabkan kita rasa kurang selesa sewaktu tidur. Better to shower sebelum tidur. Atau makan terlalu banyak yang akibatkan 'gas' dan 'digestion' yang lambat - juga boleh ganggu tidur. Bukan makhluk halus. Seringkali mimpi buruk pula adalah 'alarm system' dalam badan kita yang cuba kejutkan kita untuk  membuang air ('kencing'). Sebagai pesakit diabetik saya memang pakar dalam 'mimpi buruk'. Pesakit diabetik seperti saya sering bangun malam untuk membuang air kecil (kencing). Dan jika terlena dan tidak bangun pula maka 'alarm system' dalam badan kita akan mula mainkan siri mimpi buruk Netflix dalam otak kita. Mimpi seolah kita hilang entah mana, mimpi terlewat, mimpi diganggu dsbnya.  Mimpi buruk is a signal to go to the bathroom. Sesudah pergi ke bathroom saja maka tidur kita akan sambung lena. Ataupun kita mengalami tekanan lain (tekanan hidup, tekanan saikoloji) yang boleh juga akibatkan anxiety yang membawa mimpi buruk. Bukan makhluk halus. 

8. Sakit tubuh badan apabila berada dirumah 
9. Rasa seram sejuk atau panas ketika di rumah

OSTB : Biasanya akibat tekanan saikoloji, terutama sekali di kalangan wanita Melayu. Dalam sistem patriarchal society di mana wanita menghadapi jauh lebih banyak 'tekanan' hidup dari usia muda lagi, maka 'symptom' yang aneh mungkin adalah 'reaction' atau satu 'bantahan' secara saikoloji terhadap pelbagai tekanan yang dihadapi. Contoh besar ialah peristiwa histeria yang hanya berlaku di kalangan student perempuan Melayu. Tidak pernah (atau paling rare) kita dengar kes jerit-menjerit histeria di sekolah Cina atau sekolah Tamil. Seolah makhluk halus pun menghormati kuota bumiputera. 

10. Hilang barang atau duit 

OSTB : Kalau hilang barang atau duit di rumah maksudnya ada ahli keluarga yang rajin ambil duit dalam rumah. Saya tahu kes suami pajak barang kemas isteri tanpa pengetahuan isteri. Lalu di salahkan gangguan makhluk halus. This is simple - kalau duit hilang, mesti ada pencurinya. Kenapa pula makhluk halus tidak mencuri Sijil Saham ASB yang juga ada nilai ? 

11. Bayi sentiasa meragam apabila di rumah 

OSTB : Mungkin keadaan tempat tidur bayi perlu dibersihkan daripada kesan muntah, air kencing dsbnya yang boleh ganggu bayi. Atau tempatnya terlalu panas atau sejuk.

12. Ternampak kelibat bayang bayang di sekitar rumah

OSTB : Ini mungkin menjadi tanda awal penyakit 'cataract' di mata di mana mata mengalami 'blind spots' yang kelihatan seperti tompok-tompok hitam atau bayang-bayang. Ia menjadi lebih 'nyata' di rumah sebab kita biasa dengan lokasi bilik, tv, peti sejuk dan furniture dalam rumah kita dan cepat merasa 'blind spot' apabila peti sejuk atau pintu bilik tiba-tiba jadi 'tompok hitam'  

13. Objek bergerak sendiri

OSTB : Ini pernah berlaku di ofis saya apabila sebuah patung batu Nefertiti kepunyaan saya beralih kedudukannya (atas shelf). Rupanya apabila pintu ofis saya dibuka dan ditutup ia menyebabkan gegaran yang memberi kesan kepada patung itu. Maka berlaku gerakan sedikit-sedikit yang memusing kepala Nefertiti itu. Bukan sebab makhluk halus. Kepercayaan kepada hantu, jembalang, polong, puchong, pontianak dan langsuir adalah peninggalan daripada zaman kejahilan manusia hidup dalam gua. Perkara yang tidak dapat dijelaskan oleh minda yang lojika diberi pengertian supernatural untuk "fill in the blank spots" dan untuk tenangkan jiwa yang resah. Kemudian datang pula si setan tukang sihir, tukang obat-mengobat, tukang dukun dan begitu yang faham begitu mudahnya menipu orang dan eksploitasi  'blind spot' manusia yang mudah ditakuti, untuk mengambil duit mereka, mendapat makan free, untuk permainan kuasa dsbnya.  Mereka mengambil nama-nama "besar" seperti tok guru, tok bomoh dan begitu.   Semua ini adalah 'cheap trick' sahaja. 

Ok sekarang soalan cepu mas. Kenapa atau apa kah sebab 'makhluk halus' ingin ganggu tidur kita (contohnya). Apakah yang berbaloi sangat kepada makhluk halus jika kita bermimpi buruk atau kita tidak tidur lena?  Apakah KPI yang perlu dicapai oleh makhluk halus itu dengan ganggu tidur lena orang?  Katakanlah memang pun makhluk halus berjaya ganggu tidur kita, maka apakah makhluk halus itu akan berlompat-lompat dalam keseronokan? Atau makhluk halus akan mengisi report card atau 'borang penyertaan kursus kem bina semangat' untuk mencatitkan pencapaiannya mengganggu tidur orang? 

Begitu juga dengan makhluk halus yang 'menakutkan orang'. Apakah sebabnya atau kenapa makhluk halus itu mahu 'menakutkan orang'? Apakah pencapaian KPI yang diharapkan oleh makhluk halus itu daripada 'menakutkan orang'? Dan kenapa pula makhluk halus sering dikaitkan dengan bilik air dan jamban? Atau dengan bau busuk? Apakah sebabnya makhluk halus itu suka bergelumang dalam najis? Why not makhluk halus itu menunggu "mangsa" di kedai dobi laundry yang bau bersih sabun dan conditioner? Dan soalan terakhir - secara lojiknya kenapa pula makhluk halus (hantu, polong, jembalang, lembaga hitam) memilih untuk menunggu orang di tempat-tempat gelap dan pada waktu malam?  Kita manusia tidak boleh melihat dalam gelap. We cannot see in the dark. Tetapi untuk tujuan 'menakutkan manusia' (for don't know what reason) hantu dan jembalang itu perlu dilihat dulu oleh orang. Kalau kita tak nampak hantu maka kita pun tak takut lah. Jadi untuk bagi kita 'nampak hantu' dan menjadi takut ianya lebih lojik bagi hantu dan makhluk halus itu 'menjelma' di tengah Jalan Bangsar ke atau di tengah Jalan Tuanku Abdul Rahman yang begitu sibuk dan pada siang hari yang terang dan panas agar semua orang boleh melihat hantu itu dan terus menjadi takut. Maka lagi mudahlah bagi hantu dan jembalang itu mencapai KPI mereka. 

HANTU KUOTA BUMIPUTERA. Tuan-tuan apa sudah jadi dengan hantu ketuk pintu di Sabak Bernam? Bila tiba musim hujan kes hantu ketuk pintu pun berhenti. Bila tiba Covid dan PKP, hantu ketuk pintu hilang terus. Saya yakin hantu ketuk pintu itu akan muncul lagi jika hantu itu menerima suntikan vaksin Covid dua dose - mungkin pada tahun 2024. 

Tetapi yang pelik ialah hantu ketuk pintu hanya ketuk pintu rumah orang Melayu. Walaupun terdapat rumah orang Cina dan India di kawasan yang sama tetapi hantu ketuk pintu itu pandai pilih rumah orang Melayu. Apakah hantu itu dijangkiti virus 'Dasar Ekonomi Baru' dengan kuota bumiputera sekali?   Sekian bergurau sahaja.






Dipetik dari blog OutSyed The Box (OSTB) yang disiarkan pada 15 Mei 2021





Dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir 
untuk Permadu Malaysia

● 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

  1. Tak habis2 si PENYAMAQ syed akbar ali PARIAH BANGKAI BABI DAPpengganas ni nak mengHINA/mengGERTAK akan ISLAM/UMATnya!! Pi MAMPOS lu balik itu INDIA, Pendatang PARIAH BABI oi!!

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Unexplained Najib's sentence reduction makes foreign investors extremely nervous, says Hong Kong-based think tank

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri