Krisis dalaman Bersatu semakin serius

 Wan Saiful

Setiausaha Penerangan Bersatu, Hishamuddin Abdul Karim (kiri) menyifatkan tindakan Mohd Redzuan Yusof sebagai melampau.

hilang punca


PERBALAHAN dalaman Bersatu dilihat kian serius dengan seorang pemimpin Bersatu menyuruh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti, Mohd Redzuan Yusof “cermin diri” sebelum mengkritik Ketua Penerangan Wan Saiful Wan Jan.

FMT melaporkan Setiausaha Penerangan Bersatu, Hishamuddin Abdul Karim berkata Redzuan bertindak melampau apabila menempelak Wan Saiful kerana mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad yang pemimpin Bersatu sebagai hanya mementingkan wang, bukan perjuangan.

Hishamuddin berkata tindakan Redzuan mempertahankan Mahathir menggambarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) itu menganggap bekas perdana menteri itu tidak boleh dikritik langsung, kebal dan sempurna.

“Adakah Redzuan akan menempelak kepemimpinan Bersatu termasuk Presiden parti, Muhyiddin Yassin, timbalan presiden dan naib-naib presiden jika mereka (juga) mengkritik Mahathir?” katanya yang juga ketua penerangan Bersatu Melaka.

Beliau menegaskan teguran Wan Saiful dalam menjawab dakwaan Mahathir adalah selaras dengan tugasnya sebagai ketua penerangan Bersatu bagi memastikan ahli parti mendapat maklumat tepat.

“Kenapa beliau (Redzuan) pula yang begitu terasa hingga sanggup menempelak Wan Saiful dan kenyataannya itu disiarkan oleh media?

“Saya cadangkan agar Redzuan sendiri mencerminkan dulu dirinya sebelum menyuruh orang lain berbuat demikian,” kata beliau.

Terdahulu Redzuan menuntut Wan Saiful supaya “cermin diri” dan lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan menyerang Mahathir.

Redzuan berkata, Wan Saiful bukan barisan pengasas Bersatu malah keahliannya juga diluluskan Mahathir ketika beliau memimpin parti itu.

“Beliau (Wan Saiful) seharusnya mencerminkan diri sebelum mengeluarkan kenyataan yang bakal mengundang kemarahan pengasas-pengasas awal di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Wan Saiful menolak dakwaan Mahathir bahawa ada pemimpin Bersatu sanggup bersama Pejuang jika ditawar imbuhan lumayan sehingga RM70,000 sebulan.

Mahathir menubuhkan Pejuang selepas keluar Bersatu tahun lalu.

Wan Saiful menggesa bekas perdana menteri itu berhenti menjadi “jurucakap” soal dalaman Bersatu dan sebaliknya memberi fokus kepada parti Pejuang sendiri.



Dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir 
untuk Permadu Malaysia

● 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

  1. Mana SPRM utk. MENYIASAT si rejim NAZI DIKTATOR nuhyiddin/parti PENYAMAQ bukan Pribumi, yg. diKUASAI si HOMO2 'bekas' PKR Parasit, BERSATU Bangkai Anjing NAZI - yg. diLAPURkan di REPOT POLIS menerima HABUAN $500 JUTA dr. antara PEROMPAK/PENSABOTAJ sebenaq IMDB/SRC, si PENGGANAS Zionis GOLDMAN SACHS, yg. diDALANGI oleh EMPAYAR ROTHSCHILD (utk. MEMERANGKAP dgn. amat KEJI, akan mantan PM AGUNG kita, YAM DS Najib & Pemimpin2 ORANG ASAL Islam/Melayu lain kita dr. UMNO)?!!

    Dan kenapa, si BERSATU Nazi BANGKAI Anjing ni TAKUT nak buat REPOT POLIS - kalau berita ni TAK BENAQ?!!

    Di - https://www.sinarharian.com.my/article/129400/BERITA/Politik/Fitnah-bertujuan-cemar-imej-baik-Muhyiddin-Wan-Saiful

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri