SHEILA MAJID, SILA LETAK JAWATAN SEKARANG!

 Dah 7 tahun jadi pengerusi RPM, masih gagal selesaikan masalah royalti artis


PERSATUAN Karyawan Malaysia (Karyawan) memulakan petisyen dalam talian mendesak Pengerusi Recording Performers Malaysia (RPM), Datuk Sheila Majid, meletak jawatan selepas penyanyi itu didakwa gagal menyelesaikan isu royalti artis.

Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, mendakwa isu royalti masih belum menemui kesudahan yang baik meskipun sudah tujuh tahun Sheila memegang jawatan tersebut.

“Dia sukar memberikan kerjasama selain gagal hadir beberapa perjumpaan diadakan dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Alexander Nanta Linggi.

"Apabila jawatankuasa muzik di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengaturkan perjumpaan untuk selesaikan masalah royalti artis, dia tak datang mahupun hantar wakil.

“Yang hadir cuma wakil Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP) dan Public Performance Malaysia (PPM),” Freddie dipetik Malaysiakini sebagai berkata.

Petisyen itu digerakkan semalam oleh Freddie, 67, dengan menyasarkan sekurang-kurang 100 tandatangan.

Setakat 20 November 2020, petisyen yang disasarkan kepada golongan penyanyi dan pemuzik rakaman itu sudah berjaya mengumpulkan lebih 60 tandatangan.

“KPDNHEP ada meminta Sheila datang perjumpaan, namun dia tak datang. Jika berterusan begini, macam mana kita nak selesaikan masalah? Menteri nampaknya lebih berminat nak selesaikan masalah berbanding Sheila,” katanya.

Mungkin jadi punca

Freddie turut mendakwa penyanyi itu menduduki kerusi berkenaan bukan selepas dipilih artis, sebaliknya dipilih syarikat rakaman untuk menerajui RPM.

“Justeru, jika gagal selesaikan masalah, dia kenalah letak jawatan tu,” katanya.

Pada masa sama, Freddie turut mendesak Ahli Lembaga Pengarah  turut meletak jawatan dan membenarkan pemilihan dilakukan secara demokrasi.

"Bagi ahli lain, pilih barisan baru bagi menyelesaikan semua masalah yang wujud sejak 20 tahun lalu," katanya.

Freddie beranggapan Sheila tidak tahu cara bagaimana hendak menyelesaikan masalah selain tidak mempunyai kelayakan berbuat demikian.

"Isu ni babitkan puluhan juta ringgit. Sheila perlu mengakui kelemahannya.

"Jika dia tak berminat untuk selesaikan masalah, masih ramai lagi calon yang layak terajui RPM. Hingga kini, dia juga belum buat apa-apa kenyataan mengenai royalti,” katanya.

Freddie menyifatkan pengurusan yang lemah berkemungkinan menjadi punca masalah royalti berterusan dalam RPM di bawah kendalian Sheila.

Menguatkan dakwaan itu, katanya, Sheila pernah menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada 28 September lalu tetapi tarikh itu dilihat kurang bersesuaian disebabkan ia bertembung dengan mesyuarat MACP.

“Kenapa buat hari sama? Mesyuarat MACP berlangsung sampai malam. RPM pula mula jam 3 petang. Beratus-ratus ahli RPM tak dapat sertai mesyuarat tu,” katanya.

Sementara itu, RPM dilihat mengambil sikap berdiam diri.


Dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir untuk Permadu Malaysia

● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

Penasihat dan Perunding Sidang Pengarang
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Unexplained Najib's sentence reduction makes foreign investors extremely nervous, says Hong Kong-based think tank