LAPORAN POLIS TERHADAP MUHYIDDIN

Pemuda PKR (AMK) Kelantan hari ini membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkait dakwaan pemimpin Bersatu itu melakukan sogokan jawatan kepada seorang anggota parlimen, Malaysiakini melaporkan.

Ketuanya, Muhd Hafiz Muhd Kasasi, berkata laporan polis itu - dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu - dibuat berdasarkan kenyataan dan surat dikeluarkan Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang disiarkan di laman Twitter dan Facebook.

"Beliau (Tengku Razaleigh) memaparkan surat berkenaan yang menyatakan usul undi tidak percaya, pada perenggan ketujuh, dan juga menyebut bahawa beliau ditawarkan jawatan penasihat Petronas daripada perdana menteri.

"Kami mendapati perkara ini menimbulkan soal integriti seorang pemimpin utama negara. Tindakan ini juga melanggar perlembagaan dan undang undang.

"Justeru, AMK Kelantan membuat laporan ke atas Muhyiddin agar pihak berkuasa menyiasat tindakan yang dilihat mempunyai unsur sogokan politik demi kepentingan untuk kekal berkuasa," katanya hari ini.

Pada 14 Oktober lalu dalam sepucuk surat Tengku Razaleigh mendakwa Muhyiddin menawarkan jawatan penasihat Petronas kepadanya yang secara tradisi ditawarkan kepada seseorang bekas perdana menteri.

Tengku Razaleigh bagaimanapun menolak tawaran berkenaan kerana bimbang ia bercanggah dengan Perkara 48 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan mengenai “hilang kelayakan keanggotaan Parlimen” jika memegang sesuatu jawatan berpendapatan.

Katanya lagi, peruntukan itu untuk mencegah ahli parlimen daripada membuat sokongan atau mengundi menyokong kerajaan kerana "penyogokan politik".

Sementara itu Muhd Hafiz berkata, pihaknya kesal dengan tindakan 'political survival' yang dibuat oleh Muhyiddin itu.

"Kami berharap perkara ini diberi perhatian dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa," katanya.


Dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir  
untuk Permadu Malaysia

● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

Penasihat dan Perunding Editorial
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic



Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri