PM SINGAPURA ISYTIHAR DIRINYA DAN PAP PIMPINAN TERBAIK DUNIA

Menjelang pilihanraya umum Singapura yang dijadualkan pada 

10 Julai 2020



DALAM  ucapan yang disiarkan di televisyen semalam, Perdana Menteri Lee Hsien Loong (gambar atas) berwatak seperti Donald Trump apabila mengisytiharkan dirinya dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) sebagai pimpinan terbaik di dunia. Beliau seterusnya memberitahu rakyat Singapura supaya mengundi beliau dan parti pemerintah PAP. 

“Singapura memerlukan pimpinan sebaik mungkin dan penduduk yang benar-benar bersatu padu yang memberi sokongan penuh kepada para pemimpin yang dipilih bagi menyelesaikan masalah Covid-19 dan kesannya terhadap ekonomi.”

Singapura merekodkan lebih 44,000 kes positif Covid-19 setakat semalam dan merupakan kadar jangkitan tertinggi di dunia pada kiraan setiap sejuta penduduk, mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Lee Hsien Loong adalah antara pemimpin politik terawal mencadangkan pelitup muka tidak perlu dipakai di tempat awam.

Lee Hsien Loong, anak sulung pengasas Singapura Lee Kuan Yew itu berkata hanya kerajaan PAP sahaja yang "boleh melawan virus dan terus menjamin rakyat Singapura berada dalam keadaan selamat", sambil memberi amaran bahawa para pembangkang hanya berperanan menimbulkan kacau bilau dan huru-hara.

Ahli politik kaya raya dengan gaji S$2.2 juta setahun itu berkata Singapura tidak akan mampu memerangi virus COVID-19 jika PAP kehilangan kuasa. Lee Hsien Loong turut berkata PAP perlu terus mengekal kuasa kerana ekonomi Singapura akan merudum lebih teruk dalam beberapa bulan akan datang:

“Singapura perlu bertahan dengan usaha melawan COVID-19 barangkali selama setahun, mungkin lebih... Tetapi kegawatan ekonomi yang buruk masih belum tiba. Leboh-lebih lagivirus Corona ini kembali merebak di Amerika Syarikat dan tempat lain. for perhaps a year, or even longer… Akan berlaku lebih banyak pemberhentian kerja. Dan sebahagian dari peluang pekerjaan ini terus tidak datang lagi.” 

Keseluruhan Kabinet dibayar S$53 juta setahun -- mungkin yang termahal di dunia -- dengan setiap menteri menikmati gaji antara S$1.2 juta dan S$2.2 juta.

Lee Hsien Loong turut berjanji akan membina lebih banyak institusi pra-sekolah, pangsapuri HDB dan "membuat persediaan perubahan iklim" jika dipilih semula. Beliau memuji dirinya sebagai "berkewibawaan" dan menganggap kerajaannya sebagai pasukan terbaik. Pemimpin berimej tegas mengakhiri ucapannya dengan berkata:

“Sokongan anda adalah kekuatan terbesar PAP, dan PAP tidak pernah mengecewakan anda.”


Berdasarkan rencana Bahasa Inggeris yang disiarkan 
States Times Review (STR) 
pada 1 Julai, 2020

Dibawa kepada anda
oleh Fauzi Abdul Kadir  
untuk Permadu Malaysia

oleh Fauzi Kadir   
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia

Facebook Permadu Harmony *Page Permadu Station **Audio Visual PermaduTV










Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Unexplained Najib's sentence reduction makes foreign investors extremely nervous, says Hong Kong-based think tank

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri