NOOR HISHAM DISENARAI DOKTOR PALING TOP DI DUNIA, SEBARIS FAUCI DAN BLOOMFIELD


Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah telah dinamakan sebagai antara "doktor paling popular" di dunia, menghargai cara pendekatan lurus dalam menangani wabak pandemik di negara ini.
China Global TV Network telah menyenaraikan Dr Noor Hisham sebagai seorang dari tiga doktor utama yang berperang untuk menghentikan penularan Covid-19, sebaris dengan pakar dari Amerika Syarikat Dr Anthony Fauci dan tokoh kesihatan New Zealand Ashley Bloomfield.
Tiga tokoh perubatan profesional ini telah dihujani berbagai pujian sejak berminggu dan bulan kerana menjadi sumber maklumat dan fakta yang "menenangkan" dan "boleh dipercayai" semasa musim pandemik kepada rakyat di negara masing-masing.
Dengan pemimpin dunia, seperti Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, disangsikan kejelasan mengenai mesej berkaitan virus, kejujuran dan ketepatan masa mereka menyebarkan sesuatu maklumat telah menjadi alasan personaliti ini muncul sebagai wajah atau suara mendepani maklum balas rakyat terhadap Covid-19.
Dr Noor Hisham, 56, memegang jawatan ketua pengarah kesihatan sejak 2013, mendapat jolokan "wajah boleh dipercayai" oleh warga Malaysia di atas pengemaskinian penerangan tentang virus di platform media sosial beliau, berpandukan kepada fakta dan angka-angka untuk membuat keputusan dan memaklumkannya kepada orang ramai.
Dr Noor Hisham mengemaskini maklumat kepada awam melalui media sosial pada lewat malam, setelah bekerja begitu lama setiap hari, zahirnya beliau kelihatan letih dari hari ke hari.
Dr Fauci dan Bloomfield juga berjaya membendung keresahan awam serta menjadi pemberi maklumat berpengaruh di negara mereka, secara konsisten menyampaikan maklumat kepada penduduk negara mereka, sedia ditemu bual dalam kesibukan dan sanggup bekerja masa yang panjang setiap hari.
Dr Fauci, 79, dilaporkan bekerja hampir 16 ke 18 jam sehari sejak beberapa minggu ini, mendorong orang ramai menjadi "bimbang" jika beliau tidak kelihatan semasa sidang media di Rumah Putih.
Bloomfield turut menerima banyak pujian di atas "kerajinan" dan "jawapan" jelas apabila bercakap kepada pemberita, sehingga warga New Zealand membuat petisyen mencalonkan beliau sebagai 'Tokoh New Zealand Tahun Ini' sebagai menghargai sumbangannya.
Sedang Dr Noor Hisham menerima banyak kata-kata penghargaan dari pengguna media sosial, peminat Dr Fauci dan Bloomfield telah melangkah setapak ke hadapan - melancarkan akaun kelab peminat untuk mereka berdua di media sosial.
Dr Fauci telah dilabel sebagai “penghancur coronavirus” dan “khazanah negara” oleh The Atlantic dan The New York Times, manakala hampir 15,000 orang telah menandatangani petisyen Change.org petition untuk diundi dalam sebuah majalah People Magazine sebagai Lelaki Masih Hidup Paling Seksi 2020.
Pengagum Dr Noor Hisham tidak terlalu berlebihan tetapi sentiasa menghargai beliau dengan kata-kata seperti "Malaysia bertuah kerana mempunyai anda".
Malaysia memasuki hari ke-30 berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sebagai langkah membendung penularan wabak pandemik virus Covid-19.
Semalam, Rabu 15 April 2020, adalah tarikh bermulanya fasa ketiga PKP selama dua minggu.


English Version

Health director-general Dr Noor Hisham Abdullah has been named among the “top doctors” in the world, thanks to his straightforward approach in handling the outbreak in the country.
China Global TV Network listed Dr Noor Hisham as one of the three leading doctors in the fight to stop the spread of the Covid-19 virus, alongside America’s Dr Anthony Fauci and New Zealand’s Ashley Bloomfield.
These three medical professionals have received heaps of praise over the past weeks and months for being a “calming” and “trustable” source of information and facts during the pandemic to their countrymen.
With world leaders, like US President Donald Trump, unclear with his messages about the virus, honest and timely dissemination of facts have led these men to emerge as the face or voice of reason to their country’s response to Covid-19.  
Dr Noor Hisham, 56, who has been the director-general since 2013, has been dubbed a “trusted face” by Malaysians thanks to his consistent updates about the virus onto his social media platforms, relying on facts and figures to make decisions and inform the public.
Dr Noor Hisham updates the public on social media late into the night, even after anticipated long working hours, looking visibly more tired every passing day.
Dr Fauci and Bloomfield have also been calming and informative influences in their countries as well, as both men have also consistently kept the public updated giving interviews whenever possible and work long hours as well.
Dr Fauci, 79, was reported to be working nearly 16 to 18 hours a day for the past few weeks, prompting people to be “worried” whenever they don’t see the veteran during a White House briefing.
Bloomfield has also received extensive praise for “diligent” and “clear” responses when speaking with the press, with New Zealanders even petitioning for him to be named as “New Zealander of the Year” thanks to his contributions.
While Dr Noor Hisham has received a lot of love from social media users on all his posts, with many thanking him for his efforts, fans of Dr Fauci and Bloomfield have gone one step further—creating fan accounts about them on social media.
Dr Fauci has been labelled a “coronavirus crush” and “national treasure” by The Atlantic and The New York Times, with nearly 15,000 people also signing a Change.org petition to get him voted as People Magazine’s Sexiest Man Alive 2020.
Dr Noor Hisham’s admirers aren’t as googly-eyed but still constantly make it a point to thank and praise him saying that “Malaysia is lucky to have” him.
Malaysia enters its 29th day since the Movement Control Order (MCO) was put in effect to stop the spread of the Covid-19 virus.
Today also marks the commencement of the third two-week phase of the MCO.


Berdasarkan laporan dari
China Global TV Network 
Reuters
Malay Mail


Suntingan dan terjemahan 
Permadu Malaysia

dibawa kepada anda 
oleh Fauzi Kadir  
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Unexplained Najib's sentence reduction makes foreign investors extremely nervous, says Hong Kong-based think tank