KRISIS DALAMAN BERSATU SEMAKIN MEMUNCAK

Muhyiddin Yassin, presiden Bersatu

DI tengah-tengah Malaysia berdepan masalah wabak pandemik Covid-19, dilaporkan perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah memecat Marzuki Yahya dari jawatan setiausaha agung Bersatu.

Menurut laporan Malaysiakini, sumber dari dalam parti itu berkata, Muhyiddin yang juga presiden Bersatu mengambil tindakan itu melalui surat bertarikh 18 Mac, yang diterima oleh Marzuki semalam.

Marzuki Yahya, setiausaha agung Bersatu yang dilapor dipecat presiden

"Surat itu bertarikh 18 Mac, tetapi dia (Marzuki) hanya dapat surat itu semalam (19 Mac).

"Muhyiddin memetik Perkara 13.9 perlembagaan parti Bersatu untuk menamatkan perkhidmatan Marzuki sebagai setiausaha agung tanpa penjelasan," kata sumber itu.

Bagaimanapun, sumber menambah bahawa tidak dapat dipastikan jika pemecatan Marzuki sah kerana perlembagaan menetapkan pelantikan setiausaha agung parti mesti dibincangkan dan mendapat persetujuan pengerusinya.

Tunggu tindak balas Mahathir

Untuk rekod, pengerusi Bersatu ialah Dr Mahathir Mohamad. Marzuki merupakan ketua setiausaha peribadi Mahathir.


Ditanya sama ada Mahathir dimaklumkan tentang perkara itu, sumber menjawab: "Sudah tentu tidak".

"Dalam satu atau dua hari seterusnya, kita perlu melihat tindak balas Tun (Mahathir) terhadap perkara ini, maka kita akan tahu (jika pemecatan itu sah)," kata sumber itu lagi.

Diketahui bahawa Muhyiddin dan Mahathir, walaupun berada dalam parti yang sama, berselisih susulan 'Langkah Sheraton' yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan dan membawa Muhyiddin memegang jawatan perdana menteri.

Muhyiddin mengetuai sekumpulan ahli parlimen Bersatu, bersama anggota parlimen yang meninggalkan PKR yang diketuai oleh Azmin Ali, membentuk kerajaan persekutuan bersama Umno, PAS, GPS dan beberapa yang lain.

Sementara itu, Mahathir mendapat sokongan kumpulan anggota Bersatu yang lain termasuk beberapa ahli parlimen, termasuk Marzuki dan Ketua Pemuda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.



dibawa kepada anda 
oleh Fauzi Kadir  
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan