UMNO CADANG AGONG TEMU DUGA 222 AHLI PARLIMEN SEKALI LAGI

Annuar Musa, Setiausaha Agung UMNO

SETIAUSAHA Agung Umno mencadangkan agar Yang di-Pertuan Agong mengadakan temu duga kali kedua untuk menentukan perdana menteri baru untuk negara ini.
Menggunakan ciapan di Twitter, Annuar Musa berkata, langkah itu boleh dibuat selepas sesi pertama pada Selasa dan Rabu lalu gagal menemukan calon yang mendapat sokongan jelas daripada ahli parlimen.
Bagaimanapun Annuar berpendapat pilihan terbaik ialah membubarkan parlimen untuk membolehkan pilihan raya umum dilakukan.

Annuar dipercayai membuat cadangan demikian kerana tiada keseragaman di kalangan ahli-ahli parlimen UMNO dan parti-parti politik yang bersekutu dengannya ketika memilih calon perdana menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong kelmarin dan hari sebelumnya.

Yang di-Pertuan Agong

Jika Yang di-Pertuan Agong berkenan melakukannya sekali lagi, mereka kini mungkin lebih sekata dan bersedia dalam menentukan calon perdana menteri pilihan mereka.



oleh Fauzi Kadir  
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV


Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Unexplained Najib's sentence reduction makes foreign investors extremely nervous, says Hong Kong-based think tank

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri