MAHATHIR DIJANGKA TERIMA TEKANAN DAHSYAT MINGGU DEPAN


DESAS-DESUS bertiup kencang bahawa perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bakal menerima tekanan ala halalintar supaya melepaskan jawatannya dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang akan diadakan pada Khamis atau Jumaat depan.


Sumber dari PH sendiri memberitahu sebuah akhbar bahasa Inggeris utama di Malaysia bahawa "suatu yang sangat besar akan berlaku tak lama lagi".


Sumber itu turut berkata "Dr Mahathir akan membuat pengumuman penting minggu depan".


Sumber pembocor maklumat pula berkata gerakan 48 jam mengumpul sejumlah besar ahli parlimen untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong Dr Mahathir menjadi perdana menteri sehingga tamat penggal atau sehingga PRU-15 tanpa perlu menyerah kuasa kepada Anwar Ibrahim.


Secara simbolik, pembocor maklumat itu membayangkan Azmin Ali yang agak ghairah untuk dilantik sebagai perdana menteri akan menjadi seekor ikan kecil berenang di lautan di tengah-tengah beberapa ekor ikan jerung besar yang lapar dan ganas.


Anwar Ibrahim menganggap khabar berkaitan akuan bersumpah ini sebagai tindakan "licik" PAS, UMNO dan sebahagian dalam PKR untuk mengenepikannya. Namun menurut Anwar, Mahathir sendiri tidak terlibat.



oleh Fauzi Kadir  
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri