HADI BUKAN PEMBODEK

Abdul Hadi Awang

PAS mempertahankan usaha parti itu membentangkan undi percaya kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di parlimen, lapor Malaysiakini.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata usaha itu selari dengan proses demokrasi dan ia turut diamalkan di negara lain, seperti Lubnan beberapa hari lalu, lapor Harakahdaily.


Yang penting mahu selamatkan negara
“Yang penting ialah kita mahu selamatkan negara. Bukan sahaja orang Melayu orang Islam, termasuk kaum lain.

Mahathir berpengalaman
“Adalah lebih baik kita memberi undi kepercayaan kepada perdana menteri, Tun Mahathir yang sudah ada pengalaman memerintah paling lama.

Mahathir dapat atasi masalah
“Bukan tak ada masalah (bawah teraju Tun), ada masalah, tapi (Tun) dapat mengatasi masalah, yang kita yakin.
“Kita minta supaya (Dr Mahathir) diberi kepercayaan menjadi perdana menteri sehingga habis penggal. Itu cadangan PAS.

Cadangan paling munasabah
“Dan kita ingin memberi cadangan yang paling munasabah,” katanya selepas kuliah Dhuha di Masjid Rusila, Marang.

Kemesraan..
Abdul Hadi dalam pertemuan dengan Mahathir sebelum ini.

Penakut

Hadi bagaimanapun berkata terdapat pihak yang menjadi “penakut” ketika berdepan usul itu.

Bukan nak kipas Mahathir
“Dan kita (PAS) tak takut, tapi ada orang yang ‘penakut’. Takut apa? Bukan saya nak kipas, saya nak selamatkan rakyat. Lebih kepada melibatkan rakyat, tumpuan.
"Tak ada tanda tanya siapa nak ambil alih, siapa perdana menteri itu, tak ada tanda tanya.

Mahathir kenal semua
“(Kalau) Jatuh…. pilih pengganti dia (perdana menteri) siapa dia? Sebab dia (Mahathir) kenal semua. Dia kenal, sebab dia paling lama yang ada ini,” kata Hadi seperti dilaporkan media rasmi PAS.



Nak tahu siapa yang tak setuju
Katanya, usaha itu membolehkan pendirian sama ada percaya atau tidak kepada kepimpinan Mahathir terserlah.
“Kalau ada yang tak bersetuju, kita tahu siapa yang tak bersetuju. Biar sajalah.

Saya tahu DAP berpecah
“Pandangan saya, kalau Pakatan Harapan (PH) itu dalam satu parti, dalam satu parti pun tak bersatu, termasuk DAP juga berpecah, saya tahu. DAP berpecah, Amanah juga tidak sepakat.
“Daripada kita politiking dalam satu parti, sama-sama PH ataupun dalam satu gabungan PH, lebih baik kita selesaikan masalah memberi kepercayaan kepada perdana menteri mengendalikan negara untuk tutup pintu krisis sesama sendiri,” katanya lagi.


oleh Fauzi Kadir  
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Unexplained Najib's sentence reduction makes foreign investors extremely nervous, says Hong Kong-based think tank