"CIKGU ANWAR" TAK HAIRAN GELAGAT PAS

Anwar Ibrahim

CADANGAN PAS untuk membawa 'usul undi percaya' ke Dewan Rakyat agar Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai perdana menteri, satu perkara 'canggung' yang tidak pernah dibuat mana-mana parti pembangkang sesebuah kerajaan, kata Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim.
Tak wajar dibincang dalam mesyuarat Pakatan Harapan (PH)
Menganggap ia sebagai tiada asas, Anwar yang juga presiden PKR berkata perkara itu pada pendapatnya tidak wajar pun diangkat untuk dibincangkan di dalam mesyuarat PH, demikian menurut laporan Bernama.
PAS cuba pecah belah PH


Mahathir ibarat buah kelapa, semakin tua semakin menjadi

"PAS biasalah. Itu usul PAS, kita tidak anggap itu perkara yang serius. Itu hanya usaha untuk pecah belahkan (PH). Dia akan gagal. Dia gagal dalam pilihan raya dan ini strategi dia. Kita tidak akan tertipu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Alumni Yayasan Anda Akademik (YAA) di Kuala Lumpur, semalam.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isterinya.

Isteri bakal perdana menteri, kini memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri

Berkongsi suka duka di Yayasan Anda
Terdahulu, Anwar yang juga pengasas, pengarah dan guru di YAA, sebuah sekolah swasta yang diwujudkan sejak 1971, berkongsi pengalaman dan suka duka bersama bekas tenaga pengajar dan pelajar sekolah berkenaan yang hadir.
Katanya, sejak dari awal lagi sehingga sekarang prinsipnya tetap sama.
Derita rakyat, bela nasib orang miskin
"Dari Universiti Malaya, masuk Abim sehingga ke sekolah ini, apa tema saya? Derita rakyat, bela nasib orang miskin dan kurangkan jurang maha kaya dan miskin dan pastikan semua program ekonomi lebih rancak dan pantas dengan tidak meninggalkan nasib dan derita rakyat," katanya.
"Cikgu Anwar"
Anwar yang juga mesra dipanggil 'Cikgu Anwar' di majlis itu menjadi tenaga pengajar di YAA bagi subjek Pengajian Am, bahasa Inggeris dan Pengajian Islam sekitar tahun 1971 sehingga 1974 sebelum dipenjara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan menyambung semula khidmatnya dari 1976 sehingga beliau meninggalkan bidang akademik untuk menyertai politik.


oleh Fauzi Kadir  
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Unexplained Najib's sentence reduction makes foreign investors extremely nervous, says Hong Kong-based think tank