POLIS PANGGIL RAMASAMY HARI INI

BERITA POLITIK DAN POLIS
Polis panggil Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang untuk beri keterangan, dipercayai kerana pertikai Polis tembak mati 3 lelaki disyakki perompak

Dr Ramasamy Palanisamy,
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang

TIMBALAN Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr Ramasamy Palanisamy akan dipanggil ke Bukit Aman hari ini, Isnin 21 Oktober 2019, berhubung satu laporan polis yang dibuat terhadapnya berkaitan satu artikel disiarkan sebuah portal berita, bulan lepas.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman SAC Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan perkara berkenaan kepada Bernama semalam.

Beliau berkata Ramasamy dijangka hadir di Bukit Aman pada jam 10 pagi untuk memberi keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas D5.

Bernama pada 17 Oktober 2019 melaporkan Ramasamy diminta memberi keterangan berhubung artikel bertajuk "Kerajaan Baru Tapi Polis Masih Pada Takuk Lama - Ramasamy" yang disiarkan di laman web www.malaysiagazette.com pada 17 September 2019.

Dalam artikel itu, Ramasamy telah mengulas tindakan polis menembak mati tiga lelaki yang disyakki perompak di Kilometer 22, Jalan Rawang menghala Batu Arang, Selangor pada 14 September 2019.




oleh Fauzi Kadir  ° Permadu Malaysia
● 2019 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri