Fadlun Datuk Bandar KL, ganti Maimunah yang dilantik Penasihat Hartanah Petronas

Pemimpin datang dan pergi

Media melaporkan sejak semalam, Datuk Fadlun Mak Ujud (gambar atas sekali) dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur baharu berkuat kuasa esok, bagi menggantikan Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif (gambar atas) yang perkhidmatannya dipendekkan setahun lebih awal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (kanan) menyampaikan watikah pelantikan Datuk Bandar Kuala Lumpur kepada Fadlun, hari ini. Gambar Facebook Dr Zaliha Mustafa

Pelantikan Fadlun, 58, telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaras dengan Subseksyen 4 (2), Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.

Maimunah menamatkan perkhidmatan sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur hari ini dan memulakan tugas sebagai Penasihat Hartanah Petronas pada Isnin ini.

Fadlun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Desa dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta memiliki pengalaman lebih 28 tahun dalam bidang perancangan bandar, pembangunan wilayah dan pengurusan bandar raya.

Sebelum pelantikan ini, beliau menyandang sebagai Presiden Perbadanan Putrajaya sejak 2022.

Selain itu, Fadlun juga Ahli Lembaga Perancang Bandar dan Felo Pertubuhan Perancang Malaysia.

Pembabitan aktif beliau dalam pelbagai forum dan jaringan professional antarabangsa memperkukuh peranan beliau sebagai tokoh perancang bandar yang berwawasan dan berpandangan jauh.

Pelantikan Fadlun dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

"Saya yakin dengan pelantikan ini, beliau akan meneruskan kesinambungan kepimpinan di DBKL dengan penuh integriti, kecekapan dan keprihatinan terhadap aspirasi rakyat.

"Kepimpinan beliau diharapkan dapat memperkukuh pelaksanaan agenda Bandar CHASE serta memastikan Kuala Lumpur terus maju sebagai ibu kota global yang berdaya saing, berdaya huni dan berpaksikan nilai MADANI.

"Setinggi-tinggi penghargaan kepada Maimunah atas kepimpinan dan sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang banyak memperluas reputasi ibu kota di peringkat antarabangsa," katanya.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim