Zahid Hamidi menang "jackpot", muka Anwar bermain di mata rakyat

Satu saranan yang didesak majoriti rakyat ialah Peguam Negara digesa memberi penjelasan mengenai alasan menarik balik semua rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkait tuduhan rasuah berhubung Visa Luar Negara (VLN).


Semalam, seorang pemimpin kanan Parti Sosialis  Malaysia (PSM) menyindir keputusan ini umpama Ahmad Zahid menang besar judi 4-nombor ekor bertaraf "jackpot".

Media melaporkan Presiden Pemerhati Rasuah Rasuah Malaysia (MCW), Encik Jais Abdul Karim (gambar, atas) dilapor berkata, penjelasan lebih komprehensif itu penting demi memulihkan dan mengekalkan keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan negara.

Ini kerana pihaknya berpandangan, sebarang keputusan yang melibatkan kepentingan awam mesti dilaksanakan dengan penuh integriti dan ketelusan.

"MCW ingin menyuarakan kebimbangan mengenai keputusan pihak pendakwa raya menarik balik rayuan terhadap kes yang melibatkan Datuk seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam skandal VLN.

"Walaupun keputusan ini adalah budi bicara Peguam Negara yang didasarkan kepada bukti dan fakta, ia tetap menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat tentang integriti dan ketelusan sistem keadilan negara.

"Sistem keadilan yang kukuh dan telus adalah asas kepada negara yang bebas rasuah. MCW akan terus memperjuangkan prinsip keadilan, ketelusan, dan akauntabiliti dalam semua lapisan sistem pemerintahan," akhbar Sinar Harian memetik Jais sebagai berkata dalam kenyataan kelmarin, Khamis 12 Disember 2024.

Mahkamah Rayuan pada Khamis mengekalkan keputusan melepaskan dan membebaskan Ahmad Zahid atas 40 pertuduhan menerima rasuah daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) berhubung Sistem VLN.

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Yusaini Amer Abdul Karim memberitahu bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.

Mengulas lanjut, Jais berkata, keputusan untuk tidak meneruskan rayuan memerlukan alasan yang lebih telus dan menyeluruh bagi mengelakkan spekulasi serta memastikan rakyat memahami asas keputusan tersebut.

Atas dasar itu katanya, perlu untuk Peguam Negara dan Jabatan Peguam Negara memberi penjelasan yang lebih terperinci berhubung keputusan yang dibuat tersebut.

"Keputusan mahkamah untuk membatalkan rayuan ini adalah berdasarkan penarikan balik oleh pendakwa raya, namun rakyat sering melihat sistem perundangan sebagai satu entiti yang bersepadu.

"Ketidaktelusan dalam tindakan pendakwaan, terutama dalam kes berprofil tinggi, boleh mencetuskan persepsi negatif terhadap kebebasan institusi kehakiman dan merosakkan kepercayaan awam," katanya.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?