Tikam rakan syak ada skandal dengan isteri


Merujuk berita dari Kosmo!, FMT melaporkan seorang lelaki menikam rakan sekerja selepas mengesyaki mangsa menjalin hubungan dengan isterinya dalam kejadian di sebuah kilang kayu di Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah.

Kejadian berlaku di pekarangan asrama pekerja pada 1.30 tengah hari semalam, melibatkan suspek berusia 35 tahun dan mangsa 34 tahun warga Myanmar yang tinggal bersebelahan bilik, dalam kawasan kilang berkenaan.

Ketua Polis Kuala Muda, Zaidy Che Hassan, berkata mangsa maut selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kiri perutnya akibat ditikam dengan sebilah pisau.

“Saksi kejadian iaitu isteri mangsa juga warga Myanmar berkata, dia terkejut apabila melihat suaminya memasuki bilik asrama mereka dalam keadaan berlumuran darah dan luka di bahagian kiri perutnya tengah hari semalam,” Kosmo! memetik Zaidy sebagai berkata.

Beliau seterusnya dilaporkan berkata, sebelum meninggal dunia mangsa sempat memberitahu dia ditikam suspek selepas bergaduh kerana dituduh mempunyai hubungan dengan isteri lelaki itu.

Zaidy menambah, suspek tinggal berseorangan di bilik berkenaan kerana isterinya bekerja di luar daerah dan dia dikatakan sering bertengkar dengan mangsa sebelum ini kerana tidak berpuas hati berikutan mangsa selalu memuji kecantikan isterinya setiap kali mereka bertemu.

Katanya, selepas menerima maklumat kejadian, pihaknya melakukan siasatan dan berjaya menahan suspek yang bersembunyi di kawasan kilang itu empat jam kemudian.

“Suspek mengaku menikam mangsa dan menunjukkan sebilah pisau berhulu hitam berukuran 29cm yang digunakan dalam kejadian itu,” katanya.

Menurutnya, suspek direman enam hari bermula hari ini hingga Jumaat depan bagi membantu siasatan kes bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks
dibantu oleh Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Penjelasan Tengku Zafrul umpama Hail Amir tanya Uji Rashid

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Kes-kes bunuh diri terjun jambatan di Kelantan membimbangkan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?