Kekalahan Hairi isyarat UMNO JB lebih yakin pemimpin berpengalaman, neutral

ADUN Larkin tewas tanding Ketua UMNO Bahagian JB 

Mohd Hairi Mad Shah

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Mohd Hairi Mad Shah tewas kepada Datuk Yahya Jaafar pada pemilihan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru yang diadakan semula semalam.

Yahya Jaafar (kiri) dan Mohd Hairi Mad Shah

Menurut Bernama, Yahya yang juga bekas timbalan ketua UMNO Bahagian Johor Bahru meraih 296 undi manakala Hairi mendapat 260 undi.

Keputusan diumumkan Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Johor Bahru Mohd Seth Hussin.

Pemilihan UMNO bahagian itu pada 18 Mac lalu ditangguh dan digantung susulan dakwaan kertas undi melebihi jumlah perwakilan yang hadir.

Berlapang dada, terima Yahya seadanya

Sementara itu, Yahya berharap semua ahli UMNO bahagian itu berlapang dada untuk menerimanya sebagai ketua yang baharu.

Mohd Shahrir Samad

Penyandang Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Mohd Shahrir Samad telah mengumumkan lebih awal beliau tidak mempertahankan jawatan itu setelah mengemudi UMNO JB selama 40 tahun dengan jayanya. 

Beliau adalah bekas ahli parlimen Johor Bahru selama beberapa penggal sehingga tewas kepada calon Pakatan Harapan Akmal Nasir Nasrullah dalam PRU14 pada 9 Mei 2018.

Gambar Akmal Nasir Nasrullah di Masjid Bulatan, Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru pada Jumaat 4 November, 2022. 

Pemerhati politik melihat kekalahan Hairi merupakan isyarat bahawa UMNO JB lebih yakin kepada pemimpin berpengalaman dan neutral. 

Dalam bahasa mudah, UMNO JB tidak cenderung untuk bergantung kepada pengaruh presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semata-mata. 

Sebaliknya, mereka dijangka lebih bebas, berpendirian dan mengikut jejak pendahulunya, pemimpin veteran Shahrir Samad yang berpengalaman luas. 

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks
dibantu oleh Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Unexplained Najib's sentence reduction makes foreign investors extremely nervous, says Hong Kong-based think tank

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri