Fahmi Fadzil disaran jangan gopoh menganggap ramalan sebagai fitnah

Adakah ramalan cuaca yang tidak tepat itu satu fitnah

MalaysiaNow melaporkan seorang pakar berpandangan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (gambar, atas) seharusnya tidak gopoh dalam mengeluarkan apa-apa kenyataan tanpa memahami konteks sesuatu perkara itu terlebih dahulu. 

Penganalisis dan pensyarah komunikasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Aziz Azizam berkata tindakan Fahmi itu hanya menunjukkan beliau kurang faham tentang keseluruhan cerita dan definisi kenyataan berbentuk hipotetikal yang didasarkan oleh analisa dengan ianya adalah satu bentuk “jangkaan”. 

Menurut Aziz, sikap Fahmi menyelar akhbar berbahasa Melayu itu selain berhasrat untuk berjumpa dengan pengurusan syarikat akhbar tersebut perlu diperbetulkan.

Katanya, ianya dikhuatiri boleh menimbulkan salah faham masyarakat apatah lagi beliau pula adalah menteri yang menjaga hal ehwal komunikasi dan digital.

"Jika analisa sebegini dikatakan fitnah, bagaimana pula laporan analisa-analisa lain?

“Kenapa beliau tidak pula mengatakan fitnah? Umpamanya ramalan cuaca, ianya juga satu bentuk jangkaan kenapa beliau tidak kata ramalan cuaca itu sebagai satu fitnah?" katanya kepada portal berita MalaysiaNow

Ini susulan hantaran Facebook Fahmi pada Jumaat yang menyifatkan laporan Berita Harian bahawa Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka naik pada Julai sebagai satu bentuk fitnah kepada kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM). 

Bagaimanapun, komen Fahmi itu mencetuskan kritikan pengguna media sosial yang menasihatkan beliau supaya memahami laporan yang diterbitkan.

Ramai pengguna media sosial turut menekankan perkataan "dijangka" yang bermakna kenaikan OPR itu tidak semestinya akan berlaku.

Dalam pada itu, bekas pengarang kanan Utusan Malaysia Zin Mahmud berpandangan sudah menjadi satu hak kepada akhbar Berita Harian untuk menyiarkan laporan tersebut. 

Bagaimanapun, akhbar itu perlu bertanggungjawab terhadap isi kandungan laporannya. 

Menurut Zin, laporan itu harus menepati ramalan kewartawanan yang menjadi amalan kebiasaan. 

Katanya, akhbar tersebut juga tidak wajar mempunyai niat jahat terhadap kerajaan dengan laporan itu. 

"Berita Harian tetap (harus) bertanggungjawab jika laporan itu boleh menjejaskan ekonomi negara," katanya kepada portal berita itu.

Tambah Zin lagi, Fahmi pula ada hak untuk menegur media kerana sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga imej kerajaan dan negara. 

Fahmi mempunyai hak sebagai menteri untuk memanggil pengarang Berita Harian untuk tujuan tersebut. 

Pada masa yang sama, pengarang akhbar berkenaan juga berhak untuk tidak pergi berjumpa dengan menteri jika dirasakan perkara itu tidak wajar atau tak berasas. 

"Adalah hak pengarang untuk mempertahankan laporan akhbarnya."

Ketika ditanya, adakah bentuk pelaporan yang menggunakan pandangan, ramalan dan jangkaan pakar ini wajar disebut sebagai fitnah kerana turut digunakan oleh pelaporan antarabangsa, Zin mengaku ianya sebahagian daripada amalan kewartawanan di seluruh dunia.

"Ada perkara yang menjadi amalan kewartawanan antarabangsa tetapi tidak sesuai digunakan di dalam negara." 

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks
dibantu oleh Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Unexplained Najib's sentence reduction makes foreign investors extremely nervous, says Hong Kong-based think tank

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri