JANGAN TERKEJUT KIT SIANG DAN ABDUL HADI BERPELUK SEKALI LAGI

Dalam dunia Politik Kelas Kambing, nampaknya tiada satu parti politik pun yang terkecuali


REALITI politik di Malaysia dan di mana jua di dunia, masing-masing selalu bercambah minda sesama sendiri selain dengan rakan dan lawan, memikirkan bagaimana cara yang paling baik dan licik boleh dilakukan. Untuk apa? Apa lagi. Untuk berkuasalah.

Prinsip dalam perjuangan? Kalau nak berprinsip, jangan masuk politik, kata seorang pemimpin Bersatu untuk mewajarkan parti itu keluar dari Pakatan Harapan (PH) hampir serentak dengan penubuhan Perikatan Nasional bagi membentuk kerajaan baharu.

Seorang lagi pemimpin Bersatu sangat tegas, lantang dan berani hingga menumbuk meja dalam satu mesyuarat ketika menyanggah pendirian perdana menteri dua kali Dr Mahathir Mohamad demi mempertahankan pendirian Muhyiddin Yassin.

Tetapi, bila berada di dalam lokap SPRM, pemimpin yang sama boleh lemah dan menikus dengan gangguan hantu yang belum pasti wujudnya. 

Malah hantu dalam lokap itu berjaya memberi tekanan kepada beliau untuk "menyalahkan" bekas pengerusi Felda Mohd Isa Samad untuk kes berkaitan rasuah di mahkamah.

Tidak tahu apa sebab sebenarnya PAS tidak mahu presiden PKR Anwar Ibrahim jadi PM. Ada yang kata ahli parlimen Port Dickson itu menjadi alat dan mengikut telunjuk DAP. Apa masalah pula dengan parti DAP?

Menurut ramai pejuang Islam dan ketuanan Melayu, DAP adalah musuh Islam dan anti-Melayu. Betulkah?

Ikut kata mereka lagi, DAP mempunyai agenda tersembunyi untuk menghancurkan Islam dan orang Melayu. DAP mahu mengkristiankan Malaysia. DAP mahu orang Cina berkuasa di Tanah Melayu!

Wow!

"Popaleh.. goner DAP ni yak? Koi pelik betul. Babei benor.. mengkaghak Melayu," orang Temerloh dan Pekan berborak di sebuah warong kopi. Itu belum orang Kuala Berang dan Kota Bharu berbual lagi.

Satu lagi sebab PAS tidak setuju Anwar Ibrahim jadi PM ialah Anwar dilihat sebagai pengamal Islam liberal, menyokong LGBT dan pelaku homoseksual. Tetapi ini tidak dipersembahkan secara jelas di atas kertas.

Ini semua pandangan berasaskan persepsi. Mungkin betul, mungkin tidak.

Ada juga pandangan yang mengatakan Anwar Ibrahim hanya sesuai jadi pencetus dan pendemo. Anwar kurang pengetahuan, kepintaran, kebijaksanaan dan berbagai lagi kualiti perlu sebagai pemimpin negara. Beliau juga kurang pendedahan dari segi pembangunan ekonomi dan beliau boleh dimanipulasi oleh pihak luar.

PAS adalah sebuah parti politik yang sukar diramalkan berbanding parti-parti politik lain. Jarang dengar ahli parlimen PAS melompat parti. Kalau melompat pun mereka akan melompat beramai-ramai secara bersama. Tetapi sebenarnya bukanlah mereka yang melompat. Yang melompat adalah parti itu sendiri. Parti Islam Se-Malaysia atau nama singkatannya PAS.

Sebelum PRU14 pada 9 Mei 2018, kita boleh tengok bagaimana PAS sebagai pembangkang melayan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO sebagai musuh yang mesra.

Dari musuh yang mesra, UMNO bertukar menjadi sahabat yang akrab lalu terikatlah jalinan itu dengan terbentuk Muafakat Nasional (MN) atas alasan perpaduan Melayu. Walaupun Amanah juga Melayu, PAS tidak menerimanya untuk dipadukan.

Sebagai parti yang berkonsepkan politik matang dan sejahtera, PAS mempunyai cara dan gaya tersendiri dalam melayari alam siasah Malaysia.

Parti Islam ini, melalui kenyataan pemimpinnya, mempunyai pendirian berubah-ubah mengikut keadaan, tempat dan masa.

Jika sebelum ini UMNO dianggap kafir dan pengkhianat, sekarang UMNO sudah okay. Jika DAP dianggap musuh, tiba-tiba DAP menjadi sahabat bila PAS menyertai Pakatan Rakyat (PR) di bawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk PRU12 dan PRU13.

Anwar menjadi jambatan cinta untuk PAS dan DAP bercengkerama. Malah di ketika itu, dalam satu temubual dengan TV3 yang disiarkan petikannya oleh Buletin Utama, Abdul Hadi Awang berkata orang Cina kalau ada masalah boleh jumpa DAP.

Apabila PR terbubar sebelum PRU14, DAP kembali menjadi musuh PAS sehingga kini. Kelmarin, semalam, hari ini dan esok, tidak termasuk lusa. Pendirian PAS tidak semestinya serupa.

Selepas PRU14, PAS menjadi pembangkang bersama UMNO. Uniknya, walaupun pembangkang, PAS mengisytihar menyokong kepimpinan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang memimpin gabungan pemerintah PH. Ini mungkin membuatkan Dr Mahathir terlebih syok meskipun ianya bukan syok sendiri.

Kita boleh tengok bagaimana PAS menukar pendirian sekelip mata dari menyokong Dr Mahathir kepada menyokong Muhyiddin Yassin sebelum presiden Bersatu itu berjaya menjadi perdana menteri setelah Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan mengikut Perlembagaan.

Nampaknya 18 kerusi parlimen yang dimenangi PAS dalam PRU14 sangat penting bagi pihak-pihak yang bertentangan. Apatah lagì 24 jam sebelum PH diisytihar menang PRU14, Rafizi Ramli dan Invoke beliau meramalkan PAS tidak akan menang walau satu kerusi parlimen pun.

Dengan kebijaksanaan Abdul Hadi Awang, beberapa orang pemimpin PAS berjaya menjadi menteri dan timbalan menteri, tidak termasuk bukan menteri tetapi bertaraf menteri. Hadi telah mengotakan falsafah keramatnya: "Bila jadi kingmaker, kita boleh mintak macam-macam."

Bagaimanapun, Abdul Hadi mungkin tidak dapat menandingi sahabatnya Dr Mahathir Mohamad. Dengan Bersatu  hanya menang 13 kerusi, pengerusinya terus dapat jadi perdana menteri!

Mungkin Hadi adalah pengagum Dr Mahathir apabila beliau berkata: "Mahathir ibarat buah kelapa tua. Makin tua makin menjadi."

Oleh itu, jika Anwar benar-benar dapat sokongan majoriti di parlimen, dan Hadi dapat menghidunya, tidak mustahil. Ya, tidak mustahil berbekalkan semangat walak, PAS akan melompat pula ke pangkuan ahli parlimen Port Dickson itu.

Semestinya, PAS akan ada hujah baru yang mewajarkannya berbuat demikian. Kalau pun bukan hujah baru, mungkin ianya hujah lama yang diberi nafas baru.

Perlu diingat Abdul Hadi Awang bukan calang-calang agamawan. Beliau pernah menjadi Naib Ketua Pertubuhan Ulamak Sedunia.

Anwar Ibrahim akan sekali lagi menjadi jambatan penghubung DAP dan PAS. Apa akan jadi kepada MN? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Di ketika itu, jangan terkejut kalau Lim Kit Siang dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang muncul berpeluk sekali lagi.


oleh Fauzi Kadir  
untuk Permadu Malaysia

● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

Penasihat dan Konsultan Editorial
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

  1. Assalamualaikum Wr Wb

    Adakah anda mempunyai masalah kewangan dan anda sedang mencari bantuan dengan pinjaman tulen, kami di sini untuk membantu anda dengan pinjaman untuk memudahkan perniagaan anda dan menyelesaikan semua hutang anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman, besar atau kecil, ini adalah peluang anda untuk kebebasan kewangan. tawarkan perkara berikut.

    √ Pinjaman Perniagaan Besar

    √ Pinjaman Perniagaan Kecil

    √ Pinjaman Rumah Baru

    √ Pinjaman kereta

    √ Pinjaman Ladang Besar atau kecil

    √ Pinjaman untuk projek jangka panjang atau jangka pendek

    √ Memulakan pinjaman perniagaan

    √ Koperasi Pinjaman

    √ Pinjaman untuk Projek sedia ada

    Mengapa anda perlu memilih kami.

    + Kami memberi pinjaman pada kadar faedah yang sangat rendah

    + Tidak peduli di mana negara anda berasal, kami akan meminjamkan anda.

    + Proses kami sangat mudah dan mudah. sangat orang boleh memahaminya.

    + Kami adalah syarikat yang sangat jujur dan boleh dipercayai.

    + Kami tidak memberikan maklumat peribadi anda kepada sesiapa sahaja,

    Maklumat anda selamat dengan kami.

    Matlamat utama kami adalah untuk memberi pinjaman seberapa banyak yang anda mahu dan bersedia untuk mendapatkan pinjaman, anda perlu mengatakan kepada diri anda cukup, anda tidak boleh terus membiarkan kekurangan wang menghadkan pertumbuhan perniagaan anda. hubungi kami dengan maklumat hubungan kami di bawah dan marilah kita bersatu dengan memberikan pinjaman yang akan membantu mengembangkan perniagaan anda. Anda tidak perlu bimbang, kami sangat boleh dipercayai dan bersedia memberi pinjaman kepada anda.

    Hubungi kami dengan:

    Syarikat: Firma Pinjaman Femi Otedola

    E-mel: femiotedolaloanfirm@gmail.com
    E-mel: femiotedolaloanfirm1@outlook.com
    Whatsapp :: +1 (409) 213 4322 Or+ 1(386)628 3904

    Message FEMI OTEDOLA LOAN FIRM on WhatsApp. https://wa.me/message/U66T6MKSGDRCK1

    atau lawati Laman Web kami dan gunakan Hubungi Kami dan kami akan membalas anda.

    Laman web: https://femiotedolaloanfirm.blogspot.com

    Hubungi kami hari ini dan mari membantu mengembangkan perniagaan anda.

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri