AGAMAWAN MEMBISU, PPBM PERSOAL KILANG ARAK BEROPERASI

Abu Hafiz Salleh Hudin,
Exco Agama Pemuda PPBM

KETIKA menteri agama, ulamak, mufti, pemimpin politik Islam dan para agamawan mungkin sedang mencari kewajaran, dalil dan hujah sesuai bagi membolehkan pusat memproses minuman keras ternama meneruskan kerja pengilangan, Pemimpin Pemuda PPBM semalam mempersoalkan kenapa kilang arak Heineken dibenar beroperasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).
Dalam satu kenyataan, exco agama Pemuda PPBM Abu Hafiz Salleh Hudin berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini berkata, hanya perkhidmatan kritikal dan perlu dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP, lapor FMT.
“Adakah kerajaan menyifatkan arak dan minuman keras yang jelas haram ke dalam kategori keperluan atau kritikal?
Beliau berkata, berlawanan dengan itu, banyak perniagaan halal milik Bumiputera diarahkan tutup, terutama industri kecil dan sederhana.
“Mengapa pengecualian diberikan kepada kilang arak Heineken, sedangkan terang-terangan perniagaan mereka haram.”
Beliau berkata, apakah pengecualian itu diberikan kierana syraikat itu mempunyai hubungan dengan “orang berkepentingan”.
Dalam pada itu, satu surat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna didapati tular di media sosial semalam.

Surat tersebut yang ditandatangani oleh ketua setiausaha kementerian berkenaan Hasnol Zam Zam Ahmad bertarikh 31 Mac menyebut, setelah diteliti dan disemak, syarikat berkenaan memenuhi kriteria ditetapkan sebagai operasi sektor pembekalan makanan di bawah PKP.
“Sehubungan itu kementerian mengesahkan dan bersetuju bahawa aktiviti perniagaan tuan boleh dibuka/beroperasi bagi memastikan pembekalan makanan mencukupi sepanjang tempoh PKP berkuat kuasa,” katanya.

dibawa kepada anda 
oleh Fauzi Kadir  
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Unexplained Najib's sentence reduction makes foreign investors extremely nervous, says Hong Kong-based think tank