100,000 BANDUAN IRAN DIBERI KEBEBASAN SEMENTARA


PENYEBAR berita antarabangsa Reuters melaporkan kelmarin 4 April 2020 seramai lebih kurang 100,000 orang banduan di Iran telah diberi kebebasan sementara untuk pulang ke rumah masing-masing bagi mengelakkan penularan wabak virus Corona di dalam penjara.

Earlier the judiciary said most of some 70 inmates who escaped from a prison in western Iran last month are now back in jail. 

Terdahulu, pihak kehakiman berkata 70 banduan di Iran Barat yang berjaya meloloskan diri bulan lepas kini sudah dipenjarakan semula.

About 100,000 prisoners have been granted temporary release due to the coronavirus epidemic.

Lebih kurang 100,000 banduan kini diberi kebebasan sementara kerana penularan wabak virus Corona.

Ini berikutan krisis Covid-19 yang semakin meruncing di republik itu, sebagai satu langkah mengurangkan kesesakan terlampau di dalam penjara.

Kesesakan dalam penjara akan menyukarkan kejarakan sosial dilaksanakan di kalangan para banduan.

Semua banduan yang mendapat kebebasan sementara itu diminta melaporkan diri di penjara pada satu tarikh yang akan diumumkan untuk dipenjarakan semula.


Sementara itu, Astro Awani memetik laporan Agensi semalam bahawa Kementerian Kesihatan Iran memaklumkan 151 kes kematian baharu akibat COVD-19 dicatatkan di negara itu dalam tempoh 24 jam, menjadikan kematian terkumpul keseluruhan meningkat kepada 3,603.

Jurucakapnya, Kianoush Jahanpour berkata, sebanyak 2,483 kes positif baharu turut dilaporkan, sekali gus menyaksikan jumlah terkini kes positif mencecah 58,226.

Iran, antara negara di Asia Barat yang paling teruk terjejas akibat COVID-19 dan ketika ini sedang giat memerangi pandemik tersebut.

Setakat ini, tiada sebarang arahan rasmi pelaksanaan Perintah Berkurung dikeluarkan di bandar-bandar di Iran.

Bagaimanapun, negara Islam itu menggesa rakyatnya agar terus kekal berada di rumah dalam usaha membendung penularan pandemik tersebut.



dibawa kepada anda 
oleh Fauzi Kadir  
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Penjelasan Tengku Zafrul umpama Hail Amir tanya Uji Rashid

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Kes-kes bunuh diri terjun jambatan di Kelantan membimbangkan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?